Dewan Rakyat : Anwar Didakwa Ada 20 Akaun Termasuk Di Israel

Posted on

KUALA LUMPUR 2 Julai – Dewan Rakyat lewat petang ini gamat dengan pendedahan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlahnya mencecah AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD49 juta (RM123 juta).

Beliau berkata, 20 akaun tersebut masing-masing terdapat di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura serta China dan kesemua maklumat itu diperoleh daripada internet seperti didedahkan oleh WikiLeaks.

Kata beliau, setiap akaun mempunyai maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

”Apabila saya membaca semua akaun ini di internet soalan pertama yang muncul dalam kepala saya dari mana datangnya wang sebanyak ini ?

”Apa yang didedahkan oleh Wikileaks amat bahaya. Oleh itu saya meminta pihak kerajaan siasat kesahihan maklumat ini memandang akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan kita tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang ini.

Teck Meng berkata, selama ini, Ketua Pembangkang sanggup bersama-sama dengan rakan-rakannya iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk kekejaman tentera Israel tetapi mempunyai akaun simpanan di negara itu.

”Kelakuan hipokrit ini bukan sahaja menggadaikan nasib bangsa dan agama bahkan akan menggadaikan nasib negara pada masa akan datang,” katanya.

Tian Chua (PKR-Batu) ketika bangkit mencelah mendesak Teck Meng mengemukakan bukti dan tidak membuat sebarang tuduhan melulu.

Jeff Ooi (DAP-Jelutong) pula mencabar Teck Meng mengemukakan bukti dan sekiranya gagal Ahli Parlimen Simpang Renggam itu perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula dengan lantangnya bersuara meminta pembangkang mengambil tindakan undang-undang terhadap WikiLeaks – Utusan

6 thoughts on “Dewan Rakyat : Anwar Didakwa Ada 20 Akaun Termasuk Di Israel

    alimedanbaru said:
    July 3, 2013 at 4:54 pm

    Kalau ia pun Anuar ada wang haram hasil curi wang negara, mengapa tiada siasatan oleh kerajaan terhadap dia? Cerita ni bukan saja dilaporkan dln negara malah dari sumber berita luar negara..bukan hari ini, malah sejak bertahun-tahun dahulu..alahai Menteri2 Najib yang berkaitan , kamu semua buta tak ada mata atau pekak tiada telinga.. kami rakyat meluat dgn kelembapan dan tak proaktifnya menteri2 berkaitan..Agaknya Menteri taraf ikan bilis dan Anuar adalah jerung yg tidak boleh diusik.. kalau gitu ada patutlah!

    Kassim Selamat said:
    July 3, 2013 at 4:57 pm

    Cuba selongkar kroni2nya yg lain, adik beradik dia, macamana arwah bapanya boleh jadi Chairman IOI, dll. Kita nak tengok sejauh mana dia bersih & suci spt kata bini dia – kurniaan Allah kpd Malaysia. Asyik tuduh orang, bila kena batang hidung sendiri baru ada akai….

    Mari kita lihat sandiwara apa pula dia nak buat dan akan di tepuk oleh pak lebai malang kita yg masih dok angau nak pi Putrajaya.

    kakak said:
    July 3, 2013 at 10:48 pm

    Bongkar dan selonggkar sehabis-habisnya. Jangan diberi peluang. Asyik hendak bersembunyi di sebalik kekebalan hak di Parlimen dan sentiasa mengharap penyokong-penyokong yg tertutup mata dan buntu pemikiran itu melindunginya di setiap penjuru.
    Jelas sekali kuncunya dari SJ dan Batu begitu kuat mempertahankannya hingga langsung dia tidak boleh disebut !

    Adilkah ini, wahai penyokong tegar siAnwar ? Di mana kewarasanmu ?

    Lim Lynn said:
    July 3, 2013 at 11:06 pm

    Ini memang menarik untuk memahami apa dan dimana Anwar Ibrahim simpan wang yang jumlahnya lebih banyak selepas dia sendiri katakan Najib Tun Razak salah apabila dia sendiri hypocrite.

    Anonymas said:
    July 3, 2013 at 11:40 pm

    Kalau macam tu Pak Syeikh tak payah jadi Adun pun takpa. Duduk lenggang kat rumah pun baaaaanyak dinar masuk kocek. Bukak bisnes jual karpet pun lagi elok, lebih mulia daripada jadi pengkhianat negara.

    basry said:
    July 4, 2013 at 11:21 am

    Beranikah Anwar menyaman WikiLeaks..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s