Anak Lajim Ukin Mengaku Bersalah Palsukan Dokumen

Posted on

KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas seorang timbalan menteri pada Khamis didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung pelaksanaan projek pembinaan jalan di Batu Pahat, Johor.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan denda itu terhadap Mohd Nizam Lajim, 31, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mohd Nizam, anak kepada bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin, membayar denda itu.

Dia didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping lampiran bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk “Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad” yang diperakukan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Syarikat yang disenaraikan ialah Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Mansashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina-Mas Construction Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd.

Mohd Nizam didakwa melakukan kesalahan itu di Berjaya Starbucks Coffee, Lot No G40, The Mall, No 100, Jalan Putra di sini pada 3.40 petang, 8 Ogos 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afifah Yusof dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia manakala tertuduh diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran dan Dev Kumaraendran. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s