PRK Kuala Besut : Abby Abadi Lelong Baju & Tudung

Posted on

AIDCNews – 25/07/13 – Artis pro Pas, Abby Abadi telah melelong sepasang baju kurung berwarna hijau dan sehelai tudung moden milik peribadinya untuk dana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Abby dilaporkan Harakah, 26 – 28 Julai 2013 melakukan acara lelong itu pada Karnival “Jom Bersama Che Long” di Markas Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, 19 Julai lalu.

Baju kurung cekak musang berwarna hijau dengan hiasan berkilauan di bahagian leher dan dada serta bersulam di bahagian lengan itu dibida dengan harga permulaan RM200 dan terjual dengan harga RM1,010.

Pembidanya bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Alani Abd Kadir yang menewaskan pencabar, seorang Muslimat Pas.

Selain itu, sehelai tudung berwarna ungu yang dipakai Abby turut dilelong setelah diminta secara spontan oleh pengerusi majlis bagi memeriahkan karnival tersebut.

Majlis kemudiannya melakukan bidaan tudung ungu Abby dengan harga permulaan RM70 dan akhirnya berjaya ditawarkan dengan harga RM100 oleh Asri Husin.

2 thoughts on “PRK Kuala Besut : Abby Abadi Lelong Baju & Tudung

    alimedanbaru said:
    July 26, 2013 at 12:08 am

    Alahai.. Dr Pas tu nak buat baju tu peneman tidur ke… inilah perjuangan dan pengorbanan konon puak Pas yg hebat. Kalau nak derma derma sajalah, dan kalau kalah.. buat cara kalahh lah ye!

    Warisatuliman2010 said:
    July 27, 2013 at 8:24 pm

    A.w.w. handai taulan. Tok sah lagi dilayan karenah artis2 pencen spt ini. Biarlah dia terjun dgn labu2nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s