Pakatan Rakyat Boleh Berpecah Dengan Tekanan DAP – Nik Abduh

Posted on

KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang akan berpecah jika DAP terus memberi tekanan politik terhadap rakan sekutunya PAS, kata Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata DAP perlu menghentikan polemik serangan terhadap PAS agar parti itu kekal berada di dalam pakatan pembangkang.

“Kalau PAS main rentak DAP, makin jadi pecahlah,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau turut senada dengan anggota PAS yang lain yang tidak berpuas hati dengan tindakan DAP terus menyerang peribadi kepimpinan ulama termasuk presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Bagi saya, kalau semakin DAP serang ulama seperti presiden (Abdul Hadi), semakin orang (anggota parti) simpati kerana hendak mengundi bukan DAP, tetapi ahli PAS. Tak tahulah kalau DAP mahu Haji Abdul Hadi kekal (presiden) senang hendak keluar Pakatan Rakyat,” katanya sinis.

Mengenai provokasi DAP untuk PAS bertindak keluar pakatan pembangkang dan membentuk Kerajaan Perpaduan dengan Barisan Nasional (BN), beliau menyifatkan ia sebagai ‘muslihat politik’ dan yakin parti itu tidak akan mengambil tindakan sedemikian.

“Saya tak suka isu yang dibangkitkan DAP diperbesarkan. DAP banyak merujuk kepada isu hudud dan isu PAS nak sertai BN, sedangkan bagi kita, presiden saya sendiri yang saya faham isu ini tiada dan tidak berbangkit.

“Pertama sekali, saya sebut isu hudud ini bukan sepatutnya isu yang boleh memecahkan Pakatan Rakyat,” katanya sambil berharap pimpinan tertinggi PAS mempunyai langkah untuk meredakan keadaan itu.

Pada Ahad lepas, Penasihat DAP Lim Kit Siang dilapor membayangkan tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS, tidak akan wujud lagi dalam tempoh dua minggu, sekali gus menggambarkan pakatan itu kini di ambang perpecahan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta Abdul Hadi keluar dari Pakatan Pembangkang jika mahu meneruskan hasrat membentangkan Rang Undang-undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Dewan Rakyat.

Sementara itu di KOTA BAHARU, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS Kelantan tidak menolak kemungkinan tindakan DAP yang akhir-akhir ini banyak menghentam Abdul Hadi adalah satu provokasi mendesak PAS keluar daripada pakatan pembangkang.

DAP, katanya, tidak sepatutnya bertindak demikian jika benar-benar memikirkan kepentingan bersama dalam pakatan tersebut.

“Jika dilihat dari sudut yang negatif boleh jadi DAP sengaja membuat provokasi ini untuk mendesak PAS keluar daripada PR. Boleh jadi…,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, pada Rabu.

Mohd Amar berkata sikap yang ditunjukkan DAP itu terlalu keras dan mencetuskan ketegangan perasaan semua anggota parti.

“Perbezaan pendangan satu perkara yang kita tidak boleh lari dalam pakatan ini…kita pun tahu. Kita dan DAP ada aspek berbeza, cuma sekarang ini tindakan DAP ini sudah lebih,” katanya.

“PAS juga mempunyai perasaan. Kalau berlaku apa-apa lepas ini DAP tidak boleh menyalahkan PAS. Kemungkinan itu banyak. Dia (DAP) kena bersedia dan jangan salahkan sesiapa lepas ini,” katanya.

Mohd Amar yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata sehingga kini PAS berpegang kepada penggunaan bahasa yang cermat demi kepentingan semua parti dalam pakatan itu.

“Kita harap DAP ambil kira perkara sama tetapi nampaknya tidak. Bahasa yang digunakan itu bagi kita keras dan hina presiden dengan bahasa kasar… itu kita tidak dapat terima,” katanya – BERNAMA

Mahkamah Benar Peguam Kemuka Soalan Berkaitan Karektor Lampau Anwar

Posted on

KUALA LUMPUR, – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menyoal balas bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan sabitan lampau bagi membuktikan Anwar sebagai tidak bermoral, dalam perbicaraan kes saman terhadap Senator Datuk S. Nallakaruppan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Anwar, 68, yang membantah soalan sedemikian dalam pemeriksaan balas.

Dalam penghakimannya, Mohd Zaki berkata soalan-soalan yang dikemukakan Muhammad Shafee adalah berkaitan dengan pliding (pernyataan bertulis) yang difailkan Anwar, dan Anwar perlu membuktikan bahawa beliau sebenarnya mempunyai karektor yang baik.

“Saya dapati soalan-soalan yang hendak dikemukakan oleh Muhammad Shafee adalah berbentuk keterangan mengenai karektor dan perkara mengenai karektor ini secara langsungnya berkait dengan pliding plaintif (Anwar).

“Untuk berjaya dalam tuntutan ini plaintif perlu membuktikan pliding tersebut iaitu plaintif sebenarnya mempunyai karektor yang baik. Defendan pula perlu menentang pembuktian pliding tersebut dengan membuktikan bahawa plaintif tidak mempunyai karektor yang baik,” katanya.

Tambahnya, dalam kes ini karektor plaintif bukan sahaja relevan dengan tuntutan ganti rugi tetapi juga satu fakta yang perlu dibuktikan melalui pemeriksaan balas.

Pada 15 Mei lalu, peguam Latheefa Koya membuat bantahan terhadap soalan Muhammad Shafee berhubung penghakiman bertulis dalam kes liwat I yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad yang menyatakan bahawa Anwar mempunyai kecenderungan homoseksual.

Turut dibantah ialah soalan dalam sabitan kes liwat II terhadap pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, pada 26 Jun 2008 dan dihukum penjara selama lima tahun pada 10 Feb lalu.

Ketika prosiding, Latheefa memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan mahkamah menetapkan 16 Jun untuk sebutan.

Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan (bekas Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam Magnum), yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk ‘Anwar terima RM60 juta’, yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.

Anwar, yang kini dipenjara di Sungai Buloh hadir di mahkamah dengan dikawal ketat oleh pegawai penjara – BERNAMA

Karektor Anwar Boleh Tentukan Beliau Bermoral Atau Sebaliknya – Peguam

Anak Ahmad Awang Biadab, Hina Hadi Di FB

Posted on

AIDCNews – 27/5/15 – Anak Ustaz Ahmad Awang didakwa menulis secara biadab mengecam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di facebook.

“Anak Ustaz Ahmad Awang biadap weh..

“Sebab bapa dia sibuk dengan urusan dunia, sampai tidak sempat nak ajar anak dia supaya berakhlak,” komen facebooker pro ulama, Art Tikam Kawaq.

Anak Ustaz Ahmad Awang yang dimaksudkan itu adalah Nabeel Ahmad.

“Inikah cara Ularmak Ahmad Awang yang kononya hebat dan gila jawatan nak jadi Presiden PAS mengajar anaknya?

“Anak sendiri pun tak leh nak ajar.. Anak sendiri pun kurang ajar macam Ahmad Awang juga. Buat malu je….Bapa borek anak rintik..,” kata facebooker Mohd Zubit Lebai.

“Jika benarlah FB bernama Nabeel Ahmad atau yang terkini telah ditukar kepada nama Busmart Alex ini kepunyaan anak lelaki bakal calon Presiden PAS iaitu Ustaz Ahmad Awang maka ianya merupakan satu perkara yang amat malang dan menduka citakan serta mengecewakan seluruh ahli PAS kerana begitu buruknya akhlak anak seorang calon Presiden PAS…!!!

“Semoga Nabeel Ahmad itu bukanlah anak kandung Ustaz Ahmad Awang !!,” kata Tuc Tok Usin Ceroi

Sementara itu, facebook Surau Tmn Kuala Bekah mendedahkan kenyataan bekas mejar Zaidi Ahmad di WhatsApp.

Zaidi adalah pembantu khas kepada Ahmad Awang.

DAP Mahu Menguasai PAS Melalui Muktamar – Dr Zuhdi

Posted on

Tindak tanduk pemimpin DAP mutakhir ini semakin ketara menunjukkan mereka sedang merancang untuk menguasai PAS melalui Muktamar Tahunan PAS yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Jelas kelihatan DAP sedang berusaha untuk menyingkirkan pimpinan-pimpinan PAS yang berani berkata ‘tidak’ atau ‘no‘ kepada DAP.

Untuk menyingkirkan jaluran pimpinan-pimpinan PAS yang tegas seperti ini, DAP telah melakukan serangan habis-habisan terhadap Presiden PAS yang sebelum ini tidak tunduk kepada desakan-desakan DAP dalam mesyuarat-mesyuarat PR.

Muktamar PAS yang akan bermula Khamis minggu hadapan, dilihat sebagai peluang keemasan untuk menaik pimpinan-pimpinan PAS yang dapat memenuhi kehendak DAP atau dengan perkataan lain mereka yang ‘yes man‘.

Usaha DAP dilihat mulai berputik apabila buat pertama kali sejak era Kepimpinan Ulama, Presiden PAS yang kini disandang oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dicabar. Pencabar kepada Presiden PAS sekarang ialah Ustaz Ahmad Awang, sememangnya dikenali seorang yang lunak terhadap desakan-desakan DAP.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang yang cukup dikenali sebagai tokoh yang tegas dan berprinsip sejak zaman mudanya, merupakan penghalang besar kepada DAP dan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mahu mendominasi kehendak mereka dalam PR.

Beberapa kehendak DAP dan Anwar terhalang apabila Presiden PAS memberi keputusan tegas untuk tidak bersetuju, seperti ‘Perancangan 16 September 2008′, ‘Penamaan Baru Bian sebagai Ketua Menteri PR’, ‘Pembentukan Kerajaan Konsensus Nasional’, ‘Langkah Kajang’ dan ‘Pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim’.

Ketegasan Presiden PAS terhadap perkara-perkara ini menyebabkan PAS semakin dilihat sebuah parti yang berprinsip dan bermaruah.

Bagaimanapun, apabila di kalangan pimpinan-pimpinan di bawah Presiden mula menyanggah ketegasan Presiden mereka sendiri, khususnya sejak isu ‘Langkah Kajang’, pihak yang tidak senang dengan ketegasan Presiden PAS ini mulai menghidu peluang untuk menyingkir beliau dan pimpinan-pimpinan PAS yang setegas beliau.

Situasi ini makin terserlah, apabila ada pimpinan-pimpinan tertinggi PAS yang menyanggah Presiden mereka sendiri dalam mesyuarat-mesyuarat PR, malah pernah satu ketika ‘membakul sampahkan’ keputusan Presiden PAS yang dipersetujui sebulat suara ketika mereka mewakili PAS dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 17 Ogos tahun lalu. Sikap yang ditunjukkan oleh pimpinan-pimpinan yang lunak dengan desakan DAP ini, sudah pasti dilihat satu peluang keemasan untuk mereka.

Sikap DAP yang keterlaluan campurtangan dalam urusan dalaman PAS dan cuba mencorakkan siapa yang perlu naik sebagai Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain jawatan dalam PAS merupakan punca utama keretakan dalam PR. Manakala sikap sesetengah pimpinan PAS yang merelakan urusan dalaman PAS dan mahukan PAS menjadi lunak serta tunduk terhadap kehendak DAP, adakah satu tindakan bacul dan khianat.

Sekiranya hasrat DAP untuk menaikkan pimpinan yang lunak terhadap desakan mereka berjaya dalam muktamar kali ini, PAS akan menjadi sebuah parti yang hilang maruah dan suara tegas Islam semakin luntur di Malaysia.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS

27 Mei 2015
8 Shaaban 1436

DAP Terus Asak PAS : Guan Eng Kemuka 5 Soalan Kepada Hadi

Posted on

AIDCNews – 27/5/15 – Tanpa mempedulikan saranan sekutu-sekutunya daripada PAS, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang terus mengasak Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mengemukakan lima soalan kepada Presiden PAS itu.

Soalan Guan Eng kepada Hadi seperti mana yang disiarkan roketkini hari ini ialah:

1. Kenapa Hadi memungkiri komitmen PAS kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan jaminan peribadinya kepada gabungan pembangkang?

2. Mengapa Hadi mahu mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO?

3. Enggan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Dr Azizah Wan Wan Ismail dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini?

4. Mengapa memberi sokongan kepada Najib dalam isu 1MDB

5. Mengisytiharkan kononnya menjadi kewajipan umat Islam marah terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan Hadi dari semasa ke semasa jelas sama sekali tidak konsisten dengan akuan taat setia dan menyokong Pakatan.

Katanya, jika situasi semasa menunjukkan Hadi telah gagal mengotakan janjinya, bagaimana DAP boleh terus bekerjasama dengan beliau atas dasar hormat dan percaya.

“DAP konsisten dengan prinsip, tetapi pada masa sama ingin mempersoalkan lima perkara ini.

Menurut Guan Eng, DAP telah dimusuhi sesetengah pemimpin PAS kerana membangkitkan lima isu tersebut.

“Beberapa pimpinan PAS telah menyerang DAP lebih hebat daripada cara mereka meyerang Umno, namun kami mesti terus konsisten denan prinsip dan mahukan jawapan kepada lima soalan tadi,” katanya.

Mengapa DAP Hanya Serang Hadi, Bukan Ahmad Awang ?

Posted on

Abdul Rahman Malik – Di ambang pemilihan kepimpinan baru PAS dalam muktamarnya yang akan bermula Khamis depan, penyandang jawatan presiden, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, dikecam lagi.

Sebelum ini beliau dituduh sebagai seorang pemimpin Islam yang tidak bermaruah kerana membelakangi persefahaman bahawa pelaksanaan hudud tidak termasuk dalam kerangka kerjasama Pakatan Rakyat.

Kini beliau dituduh sekali lagi sebagai seorang pemimpin PAS yang “berjasad pembangkang tetapi berhati Umno” oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sekaligus ini menimbulkan persoalan mengapa serangan terhadap integriti Haji Hadi harus datang daripada orang dari luar parti?

Sekurang-kurangnya dalam iklim politik PAS sekarang ini, jika ada kritik tentang kewibawaan dan kepemimpinan Hadi datang dari pesaing politik dalam partinya, itu mungkin mudah difahami.

Hadi buat pertama kalinya sejak menjadi presiden PAS menggantikan Almarhum Ustaz Fadhil Nor dicabar untuk jawatan presiden. Pencabarnya, bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia, Ustaz Ahmad Awang, dikatakan mendapat sokongan geng bukan ulama dalam PAS.

Mengapa Guan Eng yang kritik Hadi bukan Ahmad Awang?

Dalam percaturan politik sekarang, kedudukan Hadi nampaknya payah digugat oleh Ahmad Awang. Lantas, adakah itu sebabnya DAP, khususnya Guan Eng, cuba memberi isyarat betapa integriti Hadi perlu dipersoalkan oleh ahli-ahli PAS?

Ahad lalu, bapa Guan Eng, Lim Kit Siang membuat ramalan bahawa Pakatan Rakyat mungkin akan bubar dalam tempoh dua minggu lagi. Ramai yang membaca tempoh itu sebagai tamatnya muktamar PAS pada 6 Jun depan.

Ini membayangkan pada hemat DAP geng ulama akan menang besar dalam muktamar dan PAS mungkin memutuskan tahaluf dengan DAP.

Langkah Kit Siang ini dilihat sebagai usaha “mengejutkan” ahli-ahli PAS bahawa jika Hadi terus menjadi presiden, segala keuntungan politik yang digarap sejak dua pilihan raya umum lalu, akan lenyap. Ini kerana DAP tidak boleh bekerjasama dengan PAS di bawah pimpinan Hadi.

Kelmarin, DAP melalui anak Kit Siang itu, cuba menjentik “kebimbangan” ahli-ahli PAS bahawa Hadi sebenarnya “berhati Umno” dan mungkin akan memimpin PAS untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nyata DAP mahu memanfaatkan kebencian ahli-ahli PAS terhadap Umno untuk menyelitkan keraguan terhadap kejujuran Hadi dalam berpolitik.

Kenyataan Guan Eng bahawa Hadi condong bekerjasama dengan Umno sengaja mahu membuakkan rasa benci ahli PAS terhadap Umno dan jika dikaitkan dengan Hadi pula, sifirnya ialah, Hadi juga patut dibenci.

Mungkin Guan Eng mencongak ini akan membantu menyusutkan sokongan PAS terhadap Hadi sekaligus menjatuhkan Hadi serta meletakkan geng bukan ulama PAS mengisi jawatan signifkan dalam hiraki PAS.

Strategi licik DAP pantas dihidu pemimpin PAS

Namun, percubaan untuk “meracun” ahli-ahli PAS oleh dua pemimpin DAP ini kali ini cepat dibaca oleh panglima-panglima PAS.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan DAP serangan bertali arus terhadap Hadi sebenarnya hanya akan mempercepatkan proses perpecahan Pakatan Rakyat.

“Jika benar DAP sayangkan Pakatan, hentilah menyerang PAS. Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut mengenai rakan tahaluf,” tulis beliau dalam akaun Facebooknya.

Seiring itu, Dewan Ulama PAS pula berhujah jika DAP kini berani menyerang serta mendesak presiden PAS sekarang ditukar, maka tidak mustahil parti cauvinis itu akan mengambil tindakan sama terhadap pemimpin PAS lain.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan DAP itu adalah satu strategi untuk memecahbelahkan ahli-ahli PAS sendiri.

“Kenapa timbulkan lagi (soal) dua minggu? Adakah itu satu campurtangan bagi pemilihan Muktamar PAS, seolah-olah mengharapkan sokongan kepada orang tertentu.

“Muktamar atau pemilihan adalah satu demokrasi dalam parti dan tidak sewajarnya dijadikan satu isyarat mahu pihak tertentu menang. Itu bagi saya konsep pecah dan perintah iaitu memecahbelahkan ahli parti,” katanya.

DAP bimbang pemimpin PAS akan bersatu semula

Mungkin DAP bimbang akan kebenaran pepatah Melayu – carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga – dan kini mengerahkan seluruh kudrat untuk memastikan kerjasama dan apatah lagi penggabungan politik berlaku di antara PAS dan Umno.

Atau, adakah ini bermakna bahawa DAP kini melihat kesepakatan yang cuba dijalin dengan geng bukan ulama untuk menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS, tidak akan berhasil?

Puak yang mahu PAS terus bertahaluf dengan DAP dan PKR dikatakan sedang giat mengatur langkah membawa seberapa ramai ahli PAS berhijrah keluar PAS jika geng ustaz berjaya memonopoli kuasa dalam muktamar.

Wadah yang digunakan ialah Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa yang mendakwa ia sedang menimbang kemungkinan bergerak sebagai parti politik. Bagaimanapun PasMa menyatakan ia perlu menunggu keputusan Muktamar kali ini.

Mungkin DAP mencongak bahawa apa jua nama parti yang hendak dilahirkan PasMa, sudah pasti ia tidak akan gah seperti PAS hari ini. Selagi ulama terus menguasai PAS selagi itu DAP dan Pakatan Rakyat tidak akan dapat meraih manfaat politik daripadanya.

Mungkin sebab itulah pemimpin DAP dua beranak itu berikhtiar satu keajaiban berlaku supaya Hadi dan ulama lain ditumbangkan.

Sebagai politikus yang tidak faham akhlak dan adab Islam, mereka cuba mempengaruhi aliran pemilihan PAS dengan membuat kenyataan-kenyataan provokatif itu.

Salahuddin Ayub Guna Strategi Halus Tewaskan Nik Abduh

Posted on

AIDCNews – 27/5/15 – Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub didakwa telah menggunakan stratagi halus untuk mengekalkan kemenangan Suhaizan Kaiyat sebagai ketua Dewan Pemuda PAS Pusat serta menewaskan pencabarnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Taktik pertama, menyebarkan gambar Nik Abduh bersama seorang individu bernama Suwardi Yaacob dan ditutup gambar Salahuddin Ayub.

Setelah, Salahuddin berjaya dibuktikan berada dalam majlis itu didedah pula kenyataan Naib Presiden PAS yang disifatkan mahu memberi imej negatif terhadap Nik Abduh.

“Sejak 2 hari ni Tok tengok Ustaz Nik Abduh diserang dan difitnah dengan begitu dasyat sekali dengan menggunakan gambar beliau dan Suwardi di Program PAS Perlis…Dan yang amat malang lagi apabila berita itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub melalui jawapan beliau dalam pertanyaan di Whatsapp.

“Sepatutnya Salahudin Ayub menjernihkan keadaan dan memberi pencerahan bukannya dengan memberi jawapan tanpa usul periksa yang hanya akan menyemarakkan lagi api fitnah terhadap Ustaz Nik Abduh tanpa usul periksa oleh ‘JEBON-JEBON WALAUN TULI’,'” kata facebooker pro ulama, Tuc Tok Usin Ceroi.

“Siapa Suwardi hinggakan banyak jebon kelupoq dan tersentap dengan hanya melihat kelibat beliau???? Kamu tanya soalan tu pada jebon, tok gerenti mereka pun akan jawab TAK TAU !!! Mereka ikut saja apa yang bapak jebon arahkan dan tumpang viral sekali fitnah tersebut..!!

“Untuk makluman kamu, ni kisah yang sebenarnya…

“Suwardi ni orang perlis, anak buah Tuan Guru Dr Haron Din, dan Suwardi ni juga adalah kawan Ustaz Nik Abduh dan mereka berkawan lama dah atas sebab dia rapat dengan Tuan Guru Dr Haron Din.

“Puak JEBON WALAUN TULI marah pada Suwardi ni sebab dia rapat juga dengan Hasan Ali dan Ustaz Nasharudin (Mat Isa). Tapi sekarang dia (Suwardi) dah tinggalkan mereka dua orang tu sebab dia bersama dengan Tuan Guru Dr Haron Din.

“Memang Suwardi ni keras lawan puak yang lawan ulamak dalam PAS. Kebetulan Program Konvensyen PAS Perlis, Suwardi ajak Ustaz Nik Abduh, kenal rumah orang tua dia di sana.. Tuan Guru Hasyim Jasin pun rapat dengan dia..!!!

“Jadi kepada JEBON2 WALAUN TULI tolonglah hentikan fitnah yang bangang macam tu dan kepada BAPAK-BAPAK JEBON lain kali gunakanlah saraf yang bersih dan benar untuk meraih sokongan. Pesanan ni tok tujukan khas kepada SALAHUDIN AYUB dan yang seangkatan dengannya..!!!

“Jebon tolong jangan malukan PAS dengan fitnah-fitnah bodoh yang macam tu,”katanya lagi.

Sebelum ini, El Haraki menyifatkan Salahuddin sebagai ‘pembunuh dalam senyap’ apabila menggunakan bahasa halus mahu menukar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas nama demokrasi.

“Beliau ada mengatakan bahawa suara akar umbi mahukan Presiden PAS ditukar, jika kita perhatikan jumlah pencalonan yang diterima oleh Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) jauh meninggalkan Ustaz Ahmad Awang (UAA) dari segi pencalonannya selaku Presiden PAS.

“Nyata hujah songsang cuba dimainkan oleh Salahudin Ayub untuk mempengaruhi perwakilan supaya memilih UAA sebagai presiden baru. Beliau cuba mengalih perhatian kononnya majoriti ahli PAS seolah-olah hilang kepercayaan kepada TGHH.

“Seandainya beliau mengatakan penukaran Presiden bukan bererti hilang kepercayaan kepada TGHH, maka apakah dengan alasan ahli perlu berfikir positif untuk menukar presiden sudah memadai untuk melenyapkan tanggapan hilang kepercayaan tersebut? Andai kita perlu fikir positif sudah pasti perbandingan diantara kemampuan dan keupayaan TGHH dan UAA wajar dilakukan.

“Jika dilakukan perbandingan sudah semestinya TGHH wajar terus dikekalkan sebagai Presiden jauh meninggalkan UAA. Dari faktor usia TGHH jauh lebih muda dari UAA, dari sudut ilmu TGHH jauh lebih terkehadapan, dari sudut penerimaan global TGHH diterima hingga ke seluruh dunia meninggalkan UAA yang hanya dikenali oleh rakyat Malaysia, dari sudut pengalaman pula nyata TGHH sudah pastinya sarat dengan pengalaman memimpin bukan sahaja PAS malah hingga ke Kesatuan Ulamak Islam dunia meninggalkan UAA yang hanya mentadbir urus didalam Malaysia itupun baru sahaja muncul setelah lama menyepi,”dedah El haraki yang memetik kenyataan Mohd Azuan Nawi dari Kota Bharu, Kelantan.

Salahuddin juga digambarkan melakukan penipuan di sebalik imejnya sebagai ‘Mr Clean’

“Adalah lebih baik Salahudin Ayub menyatakan terus sokongannya kepada UAA supaya perwakilan bertindak bijak untuk menunjukkan pintu keluar kepada Salahudin Ayub dari kerusi jawatan tertinggi. Apa guna kita menyimpan pimpinan yang tidak mempercayai kemampuan Presiden sendiri. Kenapa harus kita bagi undi kepada orang yang cuba menipu ahli dengan bertopengkan karektor sebagai “Mr Clean”.

“Semoga Allah membuka pintu hati Salahudin Ayub kearah kebenaran. Semoga dia diberi hidayah agar dapat melihat perbezaan manakah yang baik dan mana satukah yang buruk.

“Semoga kekalahan Salahudin Ayub dalam merebut jawatan Naib Presiden PAS pada kali ini akan menginsafkan beliau dan mengembalikan beliau ke pangkal jalan,” dedahnya lagi.