Sebab Utama DAP Berterusan Serang Presiden PAS – Ustaz Mokhtar Senik

Posted on

AIDCNews -27/5/15 – Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik berpendapat terdapat agenda tertentu Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP terus menerus menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kerana banyak benda yang dirancang dalam PR, PAS tak setuju dan yang menyuarakan ketidaksetujuan itu adalah Presiden. Maka diserang Presiden.

“Kerana bagi mereka, selagi PAS ini sebuah parti Islam yang dasarnya Islam. Macam mana nak bergerak seiring dengan parti lain. PKR, pragmatik sekular. DAP, liberal sekular. PAS, parti Islam. Payah nak bergerak,”katanya.

Menurutnya, oleh kerana PAS dianggap sebagai penghalang oleh rakan-rakan PR, maka dua strategi telah dilakukan.

“Pertama, singkirkan PAS daripada PR. Baru lepas tu boleh bergerak dengan selamat.

“Kedua, kekalkan PAS dalam PR tetapi sekularkan PAS. Ya. PKR jadi pragmatik sekular. DAP, liberal sekular dan PAS ini biar jadi Parti Islam sekular.

“Nak sekularkan PAS ni bukan senang kerana ia dikawal oleh kepimpinan ulamanya dan pemimpin-pemimpinnya, presiden terutamanya (adalah) ulama.

“Lalu, satu cara yang dibuat addalah singkirkan presiden. Kemudian, singkirkan kuasa cengkaman ulama di dalam parti itu. Maka serangan terhadap ulama dan presiden dilakukan,”katanya.

Ustaz Mokhtar turut mengambil pengajaran daripada kes Parti Istiqlal di Maroko yang bertukar daripada sebuah parti Islam kepada parti sekular.

“Ini yang Tuan Guru Presiden selalu sebut (kes) Parti Istiqlal di Maroko.

“Dulu (Parti Istiqlal) parti Islam, lama-lama jadi parti sekular serupa dengan parti lain. Kerana berubahnya kepimpinan, akhirnya (pemimpin) sekular menguasai parti, ia tidak dapat lagi nak kawal parti..

“Maka, ini yang kita perlu pertahankan,”katanya.

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3″; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

Sedikit perkongsian..moga bermanfaatHimpunan Malam Pak MaunUst Mokhtar Senik22 Mei 20151- Jangan Letak Benda Lain…

Posted by Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi on Friday, 22 May 2015

‘Saya Seronok Ada Parti Lain Turut Kempen Sama’ – Hadi

Posted on

AIDCNews – 27/5/15 – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata buat masa sekarang beliau menumpukan kepada Muktamar parti yang bakal berlangsung awal Jun ini.

“Saya seronok kerana ada parti lain turut kempen sama, saya beri peluang kepada semua parti (lain) untuk kempen dalam pemilihan PAS,”katanya yang tidak menyatakan parti manakah yang dimaksudkannya itu.

Hadi juga turut menjawab kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang mendakwa hati beliau sekarang adalah bersama Umno walaupun tubuhnya dilihat masih bersama Pakatan Rakyat.

“Dia (Guan Eng) tidak tahu hati saya. Saya (pun) tak tahu hati dia. Mana kita tahu dalam hati orang,”katanya.

Ketika ditanya apakah cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut Pakatan Rakyat.

“Tunggu dan lihat,”katanya.

Jemput Kit Siang Bantah Hudud, ‘Mohon Maaf’ Wan Rahim Diselubungi Misteri..

Posted on

AIDCNews – 26/6/15 – Ekoran menjemput Penasihat DAP, Lim Kit Siang berceramah membantah hudud di Kelantan, Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato’ Wan Abd Rahim Wan Abdullah mengakui beliau telah dipanggil oleh pimpinan PAS negeri yang diketuai oleh Datuk Ahmad Yakob.

“Saya sudah beritahu kepada Datuk Ahmad Yakob bahawa Sekiranya YAB (Menteri Besar Kelantan) rasa tersinggung dengan apa yang telah berlaku, saya bagi pihak PAS Kota Bharu mohon maaf…,kata Wan Rahim dalam Facebooknya semalam.

Malah, Wan Rahim berjanji kepada Ahmad Yakob yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, peristiwa 10 Mei iaitu menjemput Kit Siang mengkritik hudud di Padang Perdana, Kota Bharu tidak akan berulang lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengucapkan tahniah kepada dua wakil rakyat PAS, iaitu YB Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen PAS) dan YB Zaki Ibrahim (ADUN Kelaboran) kerana berani menongkah arus menjemput calon Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang; calon Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan wakil DAP, Zairil Khir Johari berceramah di Tumpat, Kelantan.

“Tahniah YB MP Tumpat dan YB ADUN Kelaboran di atas keberanian anda berdua menongkah arus,”kata Wan Rahim.

Tindakan Wan Rahim mengucapkan tahniah di atas penganjuran program itu seolah-olah satu perbuatan sabotaj dalaman terhadap kepimpinan PAS Kelantan kerana Yang Dipertua PAS Tumpat adalah Ahmad Yakob sendiri.

Penganjur program itu, Kamaruddin Jaafar adalah sahabat karib Anwar Ibrahim, manakala Zaki Ibrahim adalah calon yang tewas dalam pemilihan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tumpat baru-baru ini.

Wan Rahim secara sinis membuat provokasi bahawa Zairil Khir Johari yang diundang berceramah itu adalah ‘apek DAP’ yang mungkin hampir sama dengan Kit Siang di Kota Bharu sebelum ini.

“Baru ni, saya ingat hanya orang (PAS) Kota Bharu sahaja yang berani (jemput DAP)..katanya dengan merujuk keberanian PAS Tumpat mengikuti jejak langkahnya.

Selain Kit Siang, pada ceramah di Kota Bharu, Wan Rahim juga turut menjemput calon Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff dijemput berada di pentas utama.

Siti Zailah juga merupakan Ahli Parlimen PAS, Rantau Panjang di mana Yang Dipertua PAS kawasan itu adalah Abdul Fatah Haron.

“Orang Rantau Panjang penakut..play safe,” provoke Wan Rahim.

Dalam perbualan selanjutnya di Facebook, Wan Rahim mengaku penganjuran ceramah di Tumpat adalah anjuran pihaknya dengan kerjasama ADUN PAS Kelaboran, YB Zaki Ibrahim.

“YB Zaki minta supaya (buat program) bergilir-gilir..jangan hanya di Kota Bharu sahaja..

“Orang seberang sungai (Tumpat) pun nak kenal juga Ustaz Ahmad Awang..”kata Wan Rahim.

Menurutnya, ceramah di Tumpat itu adalah program yang diubah daripada perancangan ceramah asal di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan.

Wan Rahim Ucap Tahniah Kepada 2 Wakil Rakyat PAS Berani Lawan Arus

Guan Eng Yakin Selangor Tidak Tumbang Walau Pakatan Berpecah

Posted on

AIDCNews – 26/5/15 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa kerajaan Selangor tidak akan tumbang, meskipun Pakatan Rakyat (PR) berpecah.

Guan Eng sependapat dengan bapanya, Lim Kit Siang bahawa terdapat kemungkinan berlakunya perpecahan Pakatan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, tetapi ia tidak semestinya bermakna kejatuhan kerajaan negeri Selangor.

“Di Selangor, separuh daripada wakil rakyat menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan jadi, jika Pakatan berpecah, tidak perlu untuk kerajaan negeri dibubarkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam, lapor Mstar.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan berlakunya perpecahan dalam tempoh dua minggu akan datang seperti yang dicadangkan oleh Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ia adalah sesuatu yang mungkin, tetapi mungkin mengambil masa ‘yang lebih sedikit’.

Pada masa ini, Pakatan mempunyai sejumlah 43 kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor dengan Barisan Nasional mempunyai 12 kerusi.

DAP mempunyai 15 kerusi negeri, PKR mempunyai 13, manakala PAS mempunyai 14 kerusi.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi wakil rakyat bebas selepas beliau dilucutkan keahlian PKR pada Ogos tahun lepas.

Manakala dua ADUN PAS, YB Saari Sungib (Hulu Klang ) dan Hasnul Baharuddin (Morib) digantung selama setahun kerana menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa krisis menteri besar Selangor itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Hasnul Baharuddin berikrar akan terus mempertahankan kerajaan Selangor jika berlaku perpecahan Pakatan Rakyat.

Katanya rakyat Selangor memberi mandat bukan hanya kepada PAS tetapi juga PKR dan DAP dan ia harus dihormati semua wakil rakyat.

“Saya akan terus pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat kerana itu mandat yang diberi oleh rakyat,” katanya.

Ketika dihubungi, Hasnul berkata kenyataannya hari ini tidak bermaksud beliau akan meninggalkan PAS.

“Tapi saya akan lihat bagaimana perkembangan selepas ini,” katanya.

DAP Perlu Tutup Mulut Jika Mahu Pro-Pakatan Menang Pemilihan, Kata Mujahid

Posted on

DAP diminta menutup mulut atau berhenti bercakap dan menyerang PAS jika mereka benar-benar mahukan kumpulan yang pro-Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pemilihan parti itu minggu depan.

Pemimpin PAS yang pro-PR berkata, serangan yang dibuat pemimpin DAP terhadap beberapa pemimpin PAS tidak membantu, malah menyusahkan mereka dalam pemilihan pada muktamar kali ini.

“Biar kami yang uruskan sendiri,” kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kepada The Malaysian Insider.

Bahkan, tindakan pemimpin DAP itu boleh dianggap ‘sokongan membawa rebah’ kerana ia dianggap justifikasi kenapa PAS perlu menjauhi PR, khasnya DAP, sebagaimana dibawa pendokong kumpulan pro-ulama sekarang.
“Serangan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, tambah menyusahkan kami dan menjadikan masalah lebih rumit,” kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu.

Baginya, DAP dilihat seperti berkempen supaya sesetengah pihak dalam PAS menang, padahal mereka sepatutnya tidak campur tangan.

“DAP sepatutnya tunggu pemilihan selesai, baru buat apa-apa komen,” kata Mujahid.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu antara pemimpin PAS yang mahu PR dipertahankan dan parti Islam itu kekal di dalamnya selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 dari 4 hingga 6 Jun nanti.

Beliau keras menentang pendekatan pemimpin utama PAS sekarang, khasnya presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dilihat cuba menjauhkan diri dari PR.

Mujahid menolak pencalonan untuk naib presiden PAS, tetapi akan mempertahankan jawatannya sebagai AJK PAS Pusat dalam pemilihan itu nanti.

Seorang lagi pemimpin PAS yang pro-PR, Suhaizan Kaiat, juga tidak senang dengan kenyataan pemimpin DAP sekarang yang dianggapnya tidak kena dengan persepakatan dalam gabungan itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda PAS itu berkata anak muda Malaysia memerhati dengan penuh minat pengurusan konflik dalam politik di negara ini.

Beliau sangat tidak senang dengan kenyataan Guan Eng, selaku setiausaha agung DAP, yang menuduh Hadi condong kepada Umno.

“Tuduhan ini memberi gambaran buruk kepada anak muda Malaysia.

“Bagaimana dua pemimpin yang duduk sepentas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, dan duduk sebaris dalam Parlimen, boleh bertembung antara satu sama lain?

“Apakah sudah tiada jalan yang bijaksana mengurus masalah?” kata Suhaizan dalam kenyataannya.

Jika konflik ini berteruskan, katanya, anak muda akan menganggap pemimpin PR hipokrit.

Lebih malang lagi, mereka akan menganggap tiada beza antara PR dan Barisan Nasional yang jelas penuh dengan pelbagai masalah.

Baginya, pemimpin PR wajar memahami, setiap pemimpin ada pendokong dan penyokongnya.

“Kami Pemuda PAS membesar bersama tarbiyah daripada Hadi. Kami pendokong presiden PAS.

“Walau presiden tidak maksum, kami tidak dapat menerima tuduhan liar Guan Eng kepada batang tubuh presiden kami,” katanya.

Suhaizan berkata, jika pun ada kelemahan pada Hadi, tidak bijak menuduh beliau condong kepada musuh PR, iaitu Umno.

Masih banyak lagi saluran yang boleh digunakan untuk menyelesaikan konflik, katanya.

Mengulas kenyataan Guan Eng yang hanya badan Hadi bersama PAS, tetapi hatinya sudah bersama Umno, Suhaizan berkata ia akan mengundang tindak balas daripada daripada semua bahagian dalam PAS, termasuk sayap utama parti dan semua peringkat pusat dan negeri.

“Kawasan dan cawangan, semua akan marah dengan kenyataan tersebut. Mereka ada hak untuk berasa marah dan menzahirkan kemarahan dengan kenyataan seumpama itu.

“Mungkin ada pihak akan bertindak luar kawalan. Ini akan menyebabkan Pemuda DAP pula bertindak balas. Maka berlakulah pertembungan yang bertali arus. Dan ini akan mengurangkan keyakinan rakyat kepada PR,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mewakili Pemuda PAS mendesak Guan Eng serta pimpinan DAP dan PR agar menggunakan kebijaksanaan masing-masing menguruskan konflik yang berlaku.

“Jangan hancurkan harapan rakyat khususnya anak muda yang mahu melihat Malaysia yang lebih unggul dan sejahtera di bawah PR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya.

Guan Eng membuat kenyataan itu semalam, susulan tindakan Hadi yang tidak menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh awal bulan ini.

“Bukan sahaja tidak hadir ke kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, beliau malah tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Dr Wan Azizah.

“Ini menunjukkan walaupun tubuh badan beliau masih bersama PR, hatinya sudah bersama Umno,” kata Guan Eng di lobi Parlimen.

Pada Ahad, Kit Siang yang merupakan ketua Parlimen DAP menulis di blognya, PR mungkin tidak wujud lagi 2 minggu akan datang susulan kenyataan Hadi yang dilihat condong ke arah membina kerajaan perpaduan dengan Umno-BN – The Malaysian Insider

DAP Terus Desak PAS Keluar Pakatan

Posted on

KUALA LUMPUR – DAP sekali lagi dengan secara terbuka mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang dengan alasan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seolah-olah ‘berjasad pembangkang tapi berhati UMNO’.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, tidak mustahil bagi pakatan pembangkang untuk berpecah dalam masa terdekat ini iaitu antara dua minggu atau mungkin lebih lama lagi.

Katanya, perkara tersebut berpunca daripada tindakan Abdul Hadi yang tidak menghadiri kempen dan menyatakan sokongan terhadap Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini.

“Jadi, kenapa dia (Abdul Hadi) hendak menyusahkan diri? Jika dia ada hasrat (keluar pakatan pembangkang), keluarlah,” katanya kepada pemberita di Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng meminta Abdul Hadi keluar daripada pakatan pembangkang jika mahu meneruskan hasrat membentangkan Rang Undang-undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Dewan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, DAP tidak mempersoalkan hak demokrasi Abdul Hadi untuk membentangkan apa-apa usul di Parlimen, namun beliau perlu berbuat demikian sebagai seorang Ahli Parlimen dan bukan anggota pakatan pembangkang.

Ahad lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas, tidak akan wujud lagi dalam tempoh dua minggu yang sekali gus menggambarkan pakatan tersebut kini di ambang perpecahan.

Ditanya berhubung kelangsungan pentadbiran pembangkang di Selangor sekiranya berlaku perpecahan tersebut, Guan Eng berkata: “Jika terjadi, Abdul Hadi perlu membuat keputusan.”

Kata beliau, perkara itu memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) memiliki sokongan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas terhadap Wan Azizah.

“Sehubungan itu, pembangkang ada setengah daripada kesemua ADUN di Selangor (menyokong Wan Azizah), jadi, jika pakatan berpecah, tidak perlu kerajaan negeri dibubarkan,” katanya – Utusan

DAP Diberi Amaran Hentikan Serangan Terhadap Presiden PAS

Posted on

AIDCNews – 26/5/15 – Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran agar DAP tidak terus menerus menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jika parti itu benar-benar mahu Pakatan Rakyat tidak berpecah.

“Saya telah membuat teguran dan ingatan beberapa kali terhadap sikap pimpinan DAP sebelum ini. Semua pihak melihat Pakatan Rakyat salah satu wadah terbaik bagi menumbangkan BN.

“Namun, wadah ini perlu memperkasakan ketiga-tiga rakan tahaluf dan bukannya melemahkan mana-mana parti yang menjadi rakan tahaluf. Sepakat pada perkara yang dipersetujui bersama dan jangan mencabuli dasar parti rakan tahaluf dalam perkara berbeza.

“Semua parti perlu kuat bagi mencapai kemenangan dalam PRU akan datang. Serangan sesama sendiri hanya menguntungkan Umno-BN,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai respon terhadap serangan bertali arus bapa dan anak DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng menyerang Hadi menjelang muktamar PAS awal Jun ini.

“DAP berkali-kali berkata mereka mementingkan Pakatan Rakyat. Tapi tindakan mereka menyerang PAS dan Presiden PAS bertubi-tubi pula membuktikan sebaliknya. Tindakan DAP ini sedang menolak Pakatan Rakyat ke ambang perpecahan.

“Isu serangan bertali arus DAP terhadap PAS amat meluatkan akar umbi PAS. Perkara ini dijangka membawa kesan pada muktamar PAS ke 61 yang bakal menjelang. Maruah PAS sebagai parti berwibawa perlu dibela.

“Jika benar DAP sayangkan Pakatan Rakyat, hentilah menyerang PAS. Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut mengenai rakan tahaluf.

“Jika tidak, jangan salahkan PAS seandainya tahaluf dengan DAP ini terungkai kerana ahli PAS akan tetap pertahankan prinsip perjuangan parti lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz,”katanya lagi

Tuan Ibrahim turut menyangkal kenyataan Kit Siang pada Ahad lalu yang mendakwa sekiranya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup pasti Allahyarham akan memilih Pakatan Rakyat berbanding hudud.

“Betul kata Lim Kit Siang, Allahyarham TGNA sangat sayangkan Pakatan Rakyat. Namun begitu, percayalah beliau tidak akan sesekali menggadaikan prinsip parti demi memenuhi tuntutan rakan tahaluf yang mengharapkan PAS melupakan cita-cita Islamnya.

“Di sini, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa tuduhan PAS akan bergabung dengan Umno hanyalah fitnah. Majlis Shura PAS telah menegaskan perkara ini baru-baru ini. Soalan saya masih sama, berapakah kerusikah yang Umno sanggup beri ke PAS sekiranya betul gabungan politik ini berlaku? 40? Hujah ini sahaja sudah cukup untuk mematahkan fitnah ini daripada berterusan,”tegas beliau.

Sementara itu, Dekan Pembangunan Pelajar, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohammad Fuad Othman berkata, tindakan Kit Siang yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan dilihat cuba mempengaruhi perwakilan PAS agar tidak menyokong Hadi.

“Begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan yang telah membangkitkan isu sokongan Hadi terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kecenderungan Hadi terhadap UMNO. Mereka (DAP) cuba memberikan gambaran buruk mengenai Hadi.

“Mungkin apa yang cuba dilakukan oleh DAP hanya bertujuan untuk memberikan tekanan kepada golongan menyokong kepimpinan ulama agar menolak Hadi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Kit Siang dalam satu kenyataan menyatakan PR bakal terkubur dalam masa dua minggu dan turut membangkitkan isu idea kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Mohammad Fuad berkata, DAP perlu menerima hakikat bahawa majoriti ahli dalam PAS terdiri daripada golongan ulama dan penyokong kepimpinan ulama.

“Perlu diingatkan bahawa asas penubuhan parti berkenaan adalah berasaskan perjuangan Islam dan dalam PAS masih lagi ramai golongan ulama.

“DAP dilihat cuba mengubah kepimpinan tertinggi PAS selepas mereka memutuskan hubungan dengan Hadi,” katanya.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP didakwa sebagai satu manifestasi kekecewaan parti itu terhadap kepimpinan Hadi.

“Mungkin juga PAS dilihat sudah tidak berfungsi sebagai sebuah parti dalam PR, jadi mereka berusaha untuk menukar Presiden PAS kepada individu yang mereka lebih terbuka serta mampu bekerjasama dengan pimpinan dalam PR.

“Walaupun Guan Eng memutuskan hubungan dengan Hadi, tetapi PAS tidak mengisytiharkan mereka keluar daripada PR. Apa yang dilihat sekarang seolah-olah retak menunggu belah,” katanya.

Jelas Mohammad Fuad, DAP telah melakukan kesilapan besar mengkritik Hadi kerana ia hanya akan memperkukuhkan sokongan ahli PAS kepadanya.

“DAP perlu sedar mengenai prinsip politik Islam terlebih dahulu kerana dalam Islam ada menceritakan tentang wala’ (taat setia) kepada pemimpin. Penyokong Hadi pasti akan tampil untuk mempertahankan dan menyatakan sokongan kepada ketua mereka daripada terus dikritik.

“DAP sekali lagi mengulangi kesilapan sama seperti sebelum ini iaitu sewaktu Guan Eng memutuskan hubungan dengan Hadi. Selepas daripada pengumuman itu, ramai ahli PAS tampil mempertahankan presiden mereka dan memberikan sokongan padu,” katanya.

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff yang berkata keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Hadi adalah satu kesilapan kerana Presiden PAS adalah salah satu tunggak utama parti tersebut.

“Jika DAP mahu bekerjasama dengan PAS, DAP perlulah memenangi hati presidennya juga. Kalau DAP berprinsip dan tidak dapat menerima Hadi maka DAP perlu putuskan hubungan dengan PAS, selagi mana PAS dipimpin oleh Hadi. Mungkin DAP boleh kembali bekerjasama semula jika PAS dipimpin oleh tokoh lain selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang menyatakan tidak mendapat kerjasama daripada Hadi dalam beberapa perkara sehingga DAP didakwa memutuskan hanya akan bekerjasama dengan ahli parlimen PAS yang boleh bekerjasama dengan mereka.

Menurutnya, dalam masa yang sama, perbuatan Guan Eng memanggil Hadi dengan gelaran “hilang akal” dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi memanggil Hadi dengan gelaran “durjana” adalah tindakan tidak waras yang boleh menimbulkan kemarahan ahli PAS.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) memberitahu, selagi Hadi masih presiden parti Islam itu, ahli dan kepimpinan parti berkewajipan untuk taat kepada dasarnya dan parti.