Budaya Kafir Mengkafir Sesama Ahli Mesti Dibendung – Mat Sabu

Posted on

SERI ISKANDAR – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menggesa agar budaya kafir-mengkafir yang kian menular dalam kalangan anggota PAS dibendung segera sebelum ia mencetuskan masalah serius kepada parti.

Beliau bagaimanapun menegaskan budaya itu hanya boleh ditangani jika setiap anggota menghormati dan menerima pelbagai perbezaan pandangan yang disuarakan di antara satu sama lain.

“Perkara ini cukup berbahaya malah akan menjahanamkan parti sekiranya tidak dibendung dengan baik.

“Kita boleh berhujah, berbeza pandangan tetapi jangan sampai kafirkan satu kumpulan yang lain.

“20 tahun pun belum tentu PAS akan capai tahap sepertimana parti ini berada sekarang sekiranya budaya ini dibiarkan menular.

“Saya dahulu berbeza pendapat dengan Ustaz Abu Bakar Chik (AJK PAS Pusat) tetapi kami boleh duduk bersama dan buat pelbagai program menghadapi Umno dan BN,” katanya.

Mohamad Sabu menyentuh isu tersebut ketika berucap merasmikan Konvensyen PAS Perak Kali Ke-18 di D’Hotel Seri Iskandar, di sini.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria; Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Idris Ahmad; dan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang.

Mohamad Sabu turut mengulas mengenai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASma) yang merupakan isu kecil dan PAS sendiri tidak terkesan dengan kewujudan pertubuhan berkenaan.

“Banyak lagi masalah yang lebih besar untuk kita fikirkan dan bagi saya PASma ini perkara kecil dan tidak ada kesannya kepada parti,” katanya – BERNAMA

Kami Redha Dipecat PAS – Leman Raja Lawak

Posted on

AIDCNews – 24/5/15 – Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak redha jika beliau bersama dua ikon lain akan dipecat daripada parti kerana didakwa mengkritik kepimpinan parti secara terbuka.

Selain beliau, dua lagi ikon parti, adalah artis Wan Aishah Wan Ariffin dan bekas mejar Zaidi Ahmad.

Leman dan Aishah menyertai PAS pada tahun 2012, manakala Zaidi pada 2015.

Selepas menyartai PAS, Leman telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Dewan Pemuda PAS Pusat; Wan Aishah, Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat dan bekas Mejar Zaidi, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Sungai Petani.

Namun, sejak sejak akhir-akhir ini, mereka dikatakan sering mengkritik kepimpinan ulama PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Lepas ni kami jadi macam Hassan Ali laaa..

“Bila suarakan pendapat dan idea sikit supaya ustaz-ustaz jangan terlalu extrim dan harus membuat pendekatan kepada orang bukan Islam menyokong parti PAS dan jangan kecewakan harapan anak-anak muda yang mengundi PAS..Didesaknya pula suruh pecat.

“Kami redho je lah …Lagi pon kami baru ja dalam parti PAS…takda sumbangan apa-apa pon.Terima kasih,”katanya dalam Facebook semalam.

Ustaz Ahmad Awang Jawab Isu Syiah

Posted on

AIDCNews – 24/5/15 – Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang mengaku tuduhan mengamalkan amalan Syiah sudah lama dilemparkan kepadanya.

Ahmad yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengaku orang-orang yang membantu beliau naik dalam kepimpinan PAS suatu ketika dahulu adalah terdiri daripada aktivis-aktivis Syiah.

“Orang yang membantu ana (saya) ketika itu adalah orang-orang yang pernah…Mereka ini pernah dipecat daripada parti kerana dikatakan mengamalkan Syiah.

“Tetapi mereka ini kemudiannya, ada yang sudah diterima (kembali) dan menjadi ahli semula. Bermula dari situlah mereka kata ana ni jadi Syiah,”katanya.

Menurutnya, sampai ke hari ini beliau masih dituduh sebagai penganut Syiah.

“Ketua Muslimat PAS yang baru meninggal dunia beberapa bulan (yang lalu), dia sebut terang-terang di depan ana pun, di rumah ana pun. Dengan zaujah (isteri) ana pun.

“Kami, dia kata, tak ada masalah dengan ustaz Ahmad Awang..tapi sayang pasal dia Syiah. Tapi orang rumah (saya) tak nak bergaduh dengan dia. Dia berkunjung ke rumah kita. Jadi diam sahajalah,”katanya.

Ahmad turut mengakui label Syiah juga turut dimainkan semula apabila beliau menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai Presiden PAS.

“Tapi ana kata, (semasa ceramah di Johor semalam), ana kata kalau label Syiah ni keluar, maka Dr Mahfuz, dia kawan ana juga tu, (jadi) dia pun Syiah juga tu.

“Sebab kami dulu Syiah ni tiga orang lah..pemimpin ulama ni (PUM)..Ketua Syiah Malaysia ni.. Ahmad Awang, Ghani Shamsuddin dan Mahfudz.

“Kalau isu ini timbul, (saya) kata.. tu dia (merujuk kepada Mahfudz) lagi kuat Syiah,”katanya sambil ketawa.

Dr Mahfuz yang dimaksudkan Ahmad adalah Dato Dr Mahfuz Mohamed, bekas Pesuruhjaya PAS Johor yang sekarang ini dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat yang baharu.

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

Ustaz Ahmad Awang jawab pertuduhan fitnah Syiah yang di lemparkan kepada beliau.

Posted by Ustaz Ahmad Awang Supporters on Saturday, 23 May 2015

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

Muktamar Perpaduan Ummah di Tehran, Iran bersama Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ustaz Ghani Shamsuddin.

Posted by Ustaz Ahmad Awang Supporters on Thursday, 21 May 2015

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

#BersamaUlama_KukuhkanPR_TumbangkanBN

Posted by Ustaz Ahmad Awang Supporters on Thursday, 21 May 2015

PKR Jemput Sarjana Islam Luar Tolak Hudud

Posted on

AIDCNews – 23/5/15- PKR telah menjemput sarjana Islam luar negara untuk menolak hudud yang cuba dilaksanakan PAS di Kelantan.

Hudud tidak sesuai diguna pakai dalam iklim global semasa, terutama jika masih wujud ketidakadilan sosial kata Pengarah Eksekutif Institut Maqasid di London, Dr Jasser Auda.

“Masih banyak terdapat ketidakadilan sosial dan isu politik di seluruh dunia.

“Saya tidak fikir hudud sesuai diguna pakai tanpa penelitian di setiap peringkat terlebih dahulu,” katanya pada sidang media selepas forum Demokrat Islam di Carlton Holiday Hotel, Shah Alam hari ini, lapor The Malaysian Insider.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR turut hadir dalam forum itu.

Dr Jasser berkata kebajikan sosial dan masalah ekonomi perlu ditangani dahulu sambil menegaskan, kanun keseksaan Islam tidak boleh dilaksanakan sekiranya terdapat walaupun sedikit keraguan berhubung sistem perundangan.

“Jika anda ragu dengan sistemnya, anda tidak perlu melaksanakannya hingga tiba masa yang sesuai,” katanya yang juga merupakan penasihat imam di Pusat Islam di New York.

Menurutnya, dalam konteks Malaysia, berdasarkan pemerhatian beliau, terdapat banyak lagi tuntutan dalam Islam yang mesti dipenuhi terlebih dahulu sebelum melaksanakan hudud.

“Dari pengamatan saya, hudud bukan menjadi keutamaan di sini.

“Terdapat persoalan mengenai pelaksanaannya ke atas orang bukan Islam yang perlu ditangani.”

Beliau juga berkata, persoalan mengenai keperlembagaan hudud sesuatu yang “serius” dan perlu ditangani terlebih dahulu.

“Perlembagaan ialah yang utama untuk negara dan ketenteraman awam. Ia tidak boleh dikompromi. Oleh itu, semua persoalan ini perlu ditangani,” katanya lagi.

Menurut laman mediarakyat.net/ Forum Demokrat Islam Sedunia di Shah Alam hari ini dianjur oleh Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, sebagai mewakili bapanya Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara, merupakan salah seorang penyokong utama pergerakan Demokrat Islam Sedunia, sebaris dengan Dr Jasser, Ghaleb Bencheikh (Presiden Persidangan Dunia Agama untuk Keamanan), Felix Marquardt (Pengasas Yayasan Abd al-Rahman al-Kawakibi) dan Tariq Ramadan (Profesor Pengajian Islam di Universiti Oxford).

“Ekstremisme agama dan fundamentalis telah memberi cabaran yang besar untuk Islam dan bukan masyarakat Islam, khususnya dalam mengekalkan kebebasan beragama, kesederhanaan dan toleransi yang menjadi asas kepada keharmonian dan keamanan masyarakat.

“Prinsip-prinsip kesederhanaan, keadilan, toleransi dan tadbir urus yang baik, yang didukung oleh Dato ‘Seri Anwar Ibrahim telah menggariskan cita-cita yang dibawa oleh Demokrat Islam. Ini perlu terus dibangunkan, ditapis dan disebarkan dengan cara yang sistematik.

“Inisiatif Muslim Demokrat adalah kemuncak kepada perjalanan panjang kehidupan Dato ‘Seri Anwar Ibrahim bermula dari aktivisme dalam gerakan Islam awal tahun semasa pelajar dan telah direka untuk mewujudkan satu titik rujukan bagi umat Islam di seluruh dunia yang mendalam pada abad ke-21,”lapor mediarakyat.net.

Mat Taib Bayangkan Bakal Keluar PAS

Posted on

AIDCNews – 23/5/15 – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib membayangkan beliau bakal meninggalkan PAS bergantung kepada keputusan pemilihan parti itu pada Jun ini.

“Sahabat saya Tamrin (Tamrin Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri) dah cabut lari awal-awal. Dia (Tamrin) kata (PAS sekarang) mengarut. Tapi saya bertahan lagi.

“Tengok bulan enam (Jun) ni macam mana,” kata beliau merujuk kepada muktamar tahunan PAS yang dijadual diadakan di Kuala Selangor, lapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam forum bertajuk ‘Mencari Pemimpin Baru Malaysia’ di Dewan Sivik Petaling Jaya hari ini.

Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mat Taib berkata, PAS kini seolah-olah mengabaikan pendekatan pernah diambil bekas mursyidul am mereka, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat iaitu tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini.

Menurutnya, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

“Kita mahukan seorang tokoh alim seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ni lain. Kini kita nampak tak lagi nampak macam tu,” katanya.

Sebelum ini, kata Mat Taib, beliau sangat berminat dengan PAS.

“Sekarang dah tak minat sangat dah,” katanya.

Mat Taib berkata ada sesuatu yang tidak kena dengan PAS mutakhir ini.

“Kalau rasa masuk PAS hanya untuk mendapatkan keredaan Allah, Putrajaya tak penting, saya rasa ada yang tak kena dengan dia,” katanya

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas kemunculan kumpulan ulama tertentu dalam PAS yang bermati-matian mempertahankan presiden mereka dan menolak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, lapor Malaysiakini.

Menurutnya, PAS kini kekurangan pemimpin muda yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin dalam negara.

“Walaupun ada tokoh muda yang baik dan alim menyetai PAS, mereka tidak memiliki kualiti sebagai pemimpin nasional,” katanya.

Kumpulan itu, katanya, mungkin mahir menjadi imam dalam solat atau acara keagamaan namun gagal memahami isu semasa seperti 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta hubungan antarabangsa.

“Boleh baca ayat al-Quran, hafal ini itu (di luar negara), balik jadi pemimpin. Tapi golongan muda ni kalau mintak terangkan 1MDB, tak tahu. Pasal GST tak berani. Pasal hubungan antarabangsa tak faham.

“Kenapa Turki hantar kapal perang nak bantu pelarian Rohingya pun tak tau,” katanya.

Menurutnya, kalau seseorang itu menjadi ketua hanya kerana tahu membaca al-Quran dan hadis semata-mata tanpa memahami realiti, ia tidak memadai untuk diangkat sebagai pemimpin.

Mat Taib menyertai PAS pada April 2013, selepas tewas Timbalan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Putuskan Hubungan Dengan DAP Dibawa Dalam Muktamar Jun Ini

Posted on

KOTA BHARU – Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Selangor bulan depan dilihat bakal menentukan hubungan dan kerjasama Pas dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP dibuat berdasarkan penelitian dan kajian tertentu.

“Dia (Abdul Hadi) telah memikirkan atau membuat kajian yang panjang sebelum memutuskan perkara itu.

“Apa pun kita tunggu muktamar (Pas bulan depan),” kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sosio Budaya Antara Kaum Siam dan India di Kompleks Islam Darul Naim di sini, hari ini.

Ahmad, yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam selepas lebih dua bulan mendiamkan diri dengan kelantangan kepimpinan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengannya.

Muktamar Tahunan Pas akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor, Selangor.

Sementara itu, mengenai seminar berkenaan, Ahmad berkata dalam konteks negeri Kelantan sikap menghormati antara kaum tetap menjadi asas pentadbiran dan pembangunan dengan berlandaskan perlembagaan negara.

“Apa pun di Kelantan kita hormati dan sayang kepada semua rakyat sama ada Cina atau India.. Kita pupuk mereka sebagai kelompok yang mengamankan negeri yang boleh duduk dan bekerja bersama berpandukan perlembagaan,” katanya.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), yang dihadiri kira-kira 500 peserta itu, bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat majmuk di Kelantan.

Antara pembentang kertas kerja ialah Pengerusi Persatuan Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan. – BERNAMA

Kempen Gandingan Ahmad Awang & Mat Sabu

Posted on

AIDCNews – 23/5/15 – Facebooker pro Pakatan Rakyat, Awang Jebon Malaya menyenaraikan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sesi 2015-2017 yang perlu dipilih perwakilan PAS Jun ini :

Presiden

1. Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang
2. Ustaz Ahmad Awang***

Timbalan Presiden

1. Mohamad Sabu***
2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden

1. Datuk Husam Musa***
2. Salahuddin Ayub***
3. Ustaz Idris Ahmad
4. Datuk Iskandar Abdul Samad
5. Datuk Mahfuz Omar***
6. Datuk Mohd Amar Abdullah

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

1. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
2. Ustaz Abd Ghani Samsudin
3. Abdul Wahid Endut
4. Datuk Abdullah Hussin
5. Dr. Abu Bakar Mohamed
6. Aiman Athirah Aljundi (Raj Munni Sabu)***
7. Dr Ali Akbar Gulasan
8. Aminolhuda Hassan
9. Datuk Amiruddin Hamzah***
10. Apandi Mohamad
11. Dr Azman Ibrahim
12. Azman Shafawi
13. Dr. Dzulkefly Ahmad***
14. Dato Dr. Fadhli Hasan***
15. Dr.Fakrudin Fakrurazi
16. Dr. Halimah Ali
17. Hanipa Maidin***
18. Dr. Hatta Md Ramli***
19. Kamaruzzaman Muhammad; Hj
20. Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali
21. Khairul Faizi Ahmad Kamil
22. Khalid Samad***
23. Lahirul Lagitu
24. Datuk Dr. Mahfodz Mohamad
25. Marzuk Shaary
26. Mazlan Aliman***
27. Misbahul Munir Masduki***
28. Mohd Arif Fiazoul
29. Datuk Seri Ir.Mohd Nizar Jamaluddin***
30. Mohd Noor Mohamad
31. Dr. Mohd Zuhdi Marzuki
32. Ustaz Mokhtar Senik
33. Mokhtar Suhaili
34. Dr. Muhaimin Sulam
35. Muhamad Sanusi Md Nor
36. Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa***
37. Mumtaz Md Nawi
38. Brig. Gen (B) Datuk Najmi Ahmad
39. Datuk Nasruddin Daud
40. Nasruddin Hassan Tantawi
41. Ustaz Nik Zawawi Salleh
42. Nor Azli Musa
43. Normala Sudirman
44. Nuridah Salleh
45. Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob
46. Razman Zakaria
47. Dr. Ridhuan Mohd Noor
48. Dr. Rosni Adam
49. Dr.Siti Mariah Mahmud***
50. Solehin Muhyi
51. Taufek Abd Ghani
52. Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
53. Zaharuddin Mohamad
54. Ustaz Zulkifli Ismail
55. Zulkifli Mohd Omar.

Pengerusi Tetap
1. Hussin Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Ustaz Kamal Ashaari

Pemeriksa Kira-Kira
1. Abdul Syukur Aziz
2. Mohd Najib Ahmad

NOTA : nama calon yang bertanda *** perlu dimenangkan.