Aishah Luahkah Kekecewaan Dengan PAS

Posted on

AIDCNews – 23/5/15 – Artis Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand meluahkan kekecewaan dengan PAS, parti yang disertai sejak dari tahun 2012.

“Masa saya mula-mula masuk PAS saya sangat impress kerana PAS telah melangkah dari parti pak lebai ke parti yang lebih terbuka kepada jemaah berbagai-bagai bidang.

“Bagi saya kalau PAS betul-betul nak memerintah Malaysia satu hari ini satu langkah yang mesti.

“Tapi sekarang tidak lagi begitu..PAS For All has become a bit of a joke,” kenyataan Aishah dipetik facebooker pro Pakatan Rakyat, Ahmad Dhuha Sobri.

Aishah yang pernah menjadi calon PAS di Parlimen Jempol pada Pilihanraya Umum Malaysia 2013 turut kecewa dengan akhlak dalam pimpinan PAS.

“Sebagai orang baru…saya terkejut dengan penggunaan bahasa setengah-setangah orang yang dipanggil faqih dalam agama.

“Rasanya dalam industri yang orang anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat. Sekarang maki hamunnya.

“Saya tak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi saya kecewa dengan apa yang berlaku dalam PAS yang kononnya perjuangan Islam…

“Ini ke akhlak yang nak kita tunjukkan pada non muslims bila sesama jemaah pun berantakan…respect has to be earned not commanded from..,”kenyataan Aishah dipetik









1,000 Penyata GST Berisiko Dikenakan Tindakan Undang-undang

Posted on

PUTRAJAYA — Hampir 1,000 penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dihantar bermula 1 Mei lalu didapati berisiko dikenakan tindakan undang-undang dan berkemungkinan berlaku penipuan, kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk T. Subromaniam.

Beliau berkata semakan agensi itu melalui sistem MyGST mendapati ada kemungkinan berlakunya pengikraran tidak betul, kurang bayar GST, terlebih tuntut cukai input serta pengelakan atau penipuan cukai.

“Sistem pengkomputeran MyGST yang canggih akan melakukan analisis dan menandakan penyata berisiko. Penyata yang dikenal pasti sebagai berisiko akan diaudit dan disiasat lebih lanjut,” katanya pada sidang media berkaitan GST di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima 5,000 penyata GST setakat ini dan kebanyakan syarikat yang penyatanya didapati berisiko terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs).

“Jabatan Kastam tidak akan berkompromi dengan sebarang penipuan yang cuba dilakukan, dan kami akan melakukan audit dalam masa terdekat kepada akaun dan penyata yang meragukan,” katanya.

Menurutnya peniaga yang melakukan kesalahan semasa mengisi penyata dibenarkan untuk memperbetulkan kesalahan itu, tetapi peniaga yang sengaja menipu akan dikenakan tindakan tegas termasuk diheret ke mahkamah.

“Kita (Kastam) mempunyai nisbah bagi setiap industri. Jadi, jangan menipu dan mengikrar angka yang tidak benar kerana sistem MyGST akan mengenal pasti dengan mengeluarkan ‘red alert’,” katanya.

Justeru, Subromaniam berkata Bahagian Pematuhan Audit GST telah digerakkan untuk mengaudit syarikat-syarikat yang telah dikenal pasti dan akan dilawat dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, Subromaniam menasihatkan peniaga agar mengikrar penyata yang benar, sahih serta betul dan sekiranya masih mempunyai pertanyaan, mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat di semua pejabat JKDM seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata penggunaan slogan seperti ‘GST Kami Tanggung’ oleh peniaga adalah tidak dibenarkan kerana mengelirukan pengguna seolah-olah GST tidak dikenakan atas pembelian barang berkenaan.

“Amalan ini akan memberi gambaran kurang tepat kepada pelaburan tempatan dan luar negara bahawa GST perlu diserap dan akan menjadi kos kepada perniagaan apabila membuat pelaburan di Malaysia,” katanya – BERNAMA

Kipas Tiada Kaitan Dengan Bomoh – Wan Azizah

Posted on

AIDCNews – 22/5/15 – Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan kipas yang sering dibawa tiada kena mengena dengan jampi bomoh, sebaliknya ia sekadar ‘prop’ untuk mencantikkan dirinya.

“Secara kebetulan kipas sudah ada di tangan ia hadiah daripada seorang kawan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dari Filipina,” demikian ujar Wan Azizah dalam Dialog Darul Ehsan yang berjudul “PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Negara, di Unisel hari ini, lapor Sinar Harian.

Katanya, gaya kipas itu hanyalah sekadar suka-suka namun lama-lama kelamaan seolah-olah ‘sebati’ dengan dirinya.

“Saya (guna) kipas sebab saya pendek, ia (kipas) beri ruang dan nampak saya tinggi dan pretty (cantik), ada kaitan tempias sikit-sikitlah,” katanya.

Menurut blog ylee-kame-ylin, kipas merupakan lagenda dalam masyarakat Cina di mana ia digunakan dalam tarian kipas untuk mengingati dewa-dewi yang menjadikannya sebagai alat keperluan.

“Angin merupakan satu tradisi masyarakat Cina yang mana masyarakat Cina mempercayai “Fung Shui” iaitu suatu kepercayaan masyarakat Cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka.

“Tarian kipas tarian berasal dari Korea, pada mula-mulanya merupakan tradisi Korea Shamanisme dan kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk tarian, telah mempunyai 3000 tahun sejarah.

“Hari ini, tarian kipas telah menjadi satu latihan yang disayangi oleh masyarakat pertengahan umur. Di Chengdu, setiap taman dan plaza komuniti, walaupun musim panas atau musim sejuk, setiap hari banyak orang tua yang memegang kipas dan menari bersama,”lapor blog itu.

PAS Bersedia Tamatkan Kerjasama Dengan DAP – Hadi

Posted on

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.

Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.

“Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

“Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak,” katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi bekerjasama.

Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai ‘kuasa veto’ untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat –Astro Awani

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3″; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

DAP JUGA TERKEJUT DENGAN IDEA KERAJAAN PERPADUAN (UG) YANG DIKAITKAN OLEH PRESIDEN PAS DENGAN PARTI ITUDAP hari ini…

Posted by Dato' Tarmizi Mohd Jam on Thursday, 21 May 2015

Wan Azizah Akui Sepatutnya Lim Kit Siang Dilantik Ketua Pembangkang

Posted on

AIDCNews -22/5/15 – Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau bukanlah calon yang paling layak menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Ini kerana dalam komposisi pembangkang di Dewan Rakyat, DAP mempunyai ahli parlimen paling majoriti dengan 38 kerusi berbanding dengan PKR (30) dan PAS (21).

Kedudukan kerusi PKR di parlimen kini semakin merosot daripada 30 kepada 29 kerusi apabila Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dilucutkan keahlian PKR.

“Sepatutnya, Lim Kit Siang (Penasihat DAP) yang pegang jawatan itu (Ketua Pembangkang) kerana DAP memegang majoriti kerusi dalam Parlimen,” katanya dilapor Bernama.

Ketika ditanya sebab beliau dipilih, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu enggan mengulas lanjut dan sekadar memberi alasan beliau adalah Presiden PKR dan diberi laluan oleh pemimpin pakatan pembangkang lain untuk memegang jawatan itu.

Berhubung cadangannya mewujudkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR) yang ditolak DAP, Wan Azizah berkata akan mengadakan perbincangan hati ke hati dengan pemimpin PKR, PAS dan DAP.

Beliau berkata ia adalah bagi memberi gambaran jelas kepada ketiga-tiga parti itu bahawa cadangan untuk membuat pemilihan anggota kabinet bayangan yang diumumkannya Isnin lepas adalah idealistik.

“Kita wujudkan kabinet bayangan sebab tiada prasarana dalam Parlimen untuk berbuat demikian dan akan bincang dalam masa terdekat.

“Disebabkan itu juga DAP, PAS dan PKR akan diberi peluang ada jurucakap sendiri bagi portfolio tertentu,” kata Wan Azizah kepada pemberita selepas siri dialog Darul Ehsan bertajuk ‘PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Malaysia’ di Shah Alam, Jumaat.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut tidak bersetuju dengan cadangan presiden partinya, Wan Azizah yang berkata cadangan menubuhkan kabinet bayangan PR sepatutnya diputuskan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan.

“Perkara ini akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat (pakatan pembangkang),” katanya kepada pemberita.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang menolak cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan kabinet bayangan pembangkang.

Lim dilapor sebagai berkata kabinet bayangan pembangkang adalah tidak praktikal, justeru DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti itu.

Susulan itu, DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti itu.

Pada Isnin, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR mengumumkan cadangan mewujudkan semula kabinet bayangan pembangkang bertujuan memperkukuh sistem ‘check and balance’ (periksa dan imbang) dalam pentadbiran negara.

Kit Siang Tuduh Kenyataan Hadi Berbahaya

Posted on

SHAH ALAM – DAP menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berbahaya dan akan melemahkan proses pembinaan negara bagi membentuk masyarakat harmoni berbilang agama dan budaya.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, beliau tidak menyangka Presiden Pas itu sanggup menggunakan alasan menyatakan kemarahan terhadap parti itu kerana membantah pelaksanaan hudud.

“Dia (Abdul Hadi) tidak jujur dan ikhlas apabila terus menerus melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta prinsip konsensus PR yang menjadi sebab kenapa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berada dalam krisis dan tidak bermesyuarat lebih tiga bulan.

“Abdul Hadi secara unilateral dan sewenang-wenangnya mengabaikan keputusan majlis pimpinan, atau membatalkan pandangan pemimpin Pas yang mewakili beliau,” katanya.

Menurutnya, perbuatan tidak jujur Abdul Hadi berlaku sewaktu PRU12 apabila beliau memberi kuasa kepada calon-calon Pas untuk bertanding di enam kerusi Dun yang diperuntukkan kepada PKR, mengakibatkan pertembungan tiga penjuru serta kekalahan bagi PR di kerusi berkenaan.

“Kedua Abdul Hadi membatalkan keputusan Majlis Pimpinan pada 17 Ogos 2014, yang dihadiri pimpinan utama DAP, PKR dan Pas (walaupun Abdul Hadi tidak hadir) tentang cadangan melantik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Kit Siang berkata, Abdul Hadi memungkiri komitmen beliau sendiri kepada majlis pimpinan dalam mesyuarat pada 8 Februari 2015, bahawa sebarang pindaan kepada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1995 dan sebarang rang undang-undang persendirian di Parlimen berkenaan pelaksanaan hudud mestilah terlebih dahulu dibentangkan kepada majlis pimpinan.

“Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 2015 dibentang dan diluluskan Dun Kelantan pada 19 Mac, tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan selain Abdul Hadi sendiri mengemukakan usul rang undang-undang persendirian di Parlimen berkenaan hudud dalam sidang Mac/April, tanpa merujuk majlis pimpinan, ” katanya – Sinar Harian

Mat Sabu Kecewa Dengan Pemilihan PAS

Posted on

AIDCNews – 22/5/15 – Penyandang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) melahirkan rasa kecewa dengan trend pemilihan parti yang disifatkannya sebagai berlaku perpecahan di kalangan ahli parti.

Luahan kekecewaan Mat Sabu itu dilaporkan oleh pengikut setianya yang juga bekas Naib Yang Dipertua PAS Batu, Dato’ Tarmizi Mohd Jam ketika Mat Sabu berucap dalam satu forum malam tadi.

“Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu melahirkan rasa kecewa dengan senario politik dalaman parti itu, sehingga merobek nilai ukhwah yang selama ini terjalin dengan elok.

“Kini sudah ada ahli yang bermasam muka, bersalam pun tak mahu, label dgn macam-macam nama hudoh.

“Ia sangat berbeza dengan ukhwah kasih sayang sesama ahli pada era Pak Yusuf Rawa dan Ustaz Fadzil Noor,”lapor Tarmizi.

“Aku rindu ukhwah waktu itu,” ujar Mat Sabu ketika berucap ringkas dalam Forum Pasca Muktamar PAS di KLCAH malam tadi.


Mat Sabu merupakan calon Timbalan Presiden PAS yang bertanding satu lawan satu dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim disebut sebagai sekutu penyandang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, manakala Mat Sabu pula dilabel sebagai sekutu kepada Ustaz Ahmad Awang.

Tarmizi turut melaporkan pendedahan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Jamilah Ibrahim berkaitan dengan satu kertas kerja rundingan rahsia di antara PAS dengan UMNO.

“Bekas Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Jamilah Ibrahim malam ini, 21 Mei 2015 mendedahkan, tentang sebuah kertas kerja mengenai pakatan PAS dengan UMNO atas nama “Melayu dan Islam” yang diberi seorang bergelar ustaz di Mesir kepadanya untuk disampaikan kepada Yang DiPertua Agung PAS (sekarang disebut Presiden) waktu itu, Haji Yusof Rawa.

“Kertas itu tidak pernah dibincangkan. Beliau berucap ringkas kongsi pengalaman mengenai Pak Haji Yusuf Rawa dan Ustaz Fadzil Noor pada Forum Pasca Muktamar PAS di KLCAH. Amacam?,”lapornya.

Sorotan pendedahan Ustazah Jamilah berkaitan pakatan PAS dan UMNO menarik perhatian Tarmizi kerana salah satu tema kempen utama kumpulan Ahmad Awang menentang Hadi di atas satu premis yang kumpulan mereka percaya bahawa kumpulan Hadi mahu membawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan mahu menjalinkan kerjasama semula dengan UMNO.

Bermakna pendedahan Ustazah Jamilah semasa Presiden PAS kelima, Yusof Rawa (1982 – 1989) menurut pendapat Tarmizi signifikan dengan era kepimpinan PAS sekarang pimpinan Hadi Awang.

Forum Pasca Muktamar PAS menampilkan tiga ahli panel iaitu veteran PAS, Sukby Latif, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Muhamad Faiz Fadzil.

“Subky seperti dijangka, kekal tolak dakwaan PAS mahu bekerjasama dengan UMNO,”lapor Tarmizi.

Kehadiran Mujahid dan Faiz dalam forum anjuran Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai dikira bertepatan dengan tema forum itu, ‘Meneruskan Legasi kepimpinan Yusof Rawa dan Fadzil Noor.’

Mujahid adalah anak Yusof Rawa, manakala Faiz pula anak Fadzir Noor.

Pada asalnya, Mujahid dicalonkan bertanding Naib Presiden PAS, namun beliau menolak dan hanya berminat untuk mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mujahid dibariskan dalam satu kumpulan yang sealiran dengannya; Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Dr Hatta Md Ramli, Khalid Samad, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dan Dr Siti Mariah Mahmud yang juga mahu mengekalkan jawatan mereka dalam pertandingan Jun ini.

Namun, dua individu yang sealiran dengan mereka menarik diri daripada mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mereka adalah Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Manakala, Faiz turut berminat menawarkan diri sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat.

Nama Faiz disahkan layak bertanding sebagai AJK Dewan Pemuda PAS pusat Jun ini yang dijangka akan menyertai salah seorang daripada ahli kumpulan Suhaizan Kayat, penyandang Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Suhaizan bersekutu dengan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (calon Timbalan Ketua Pemuda) dan Nor Azman Mohamad (calon Naib Ketua Pemuda) untuk bertanding dengan kumpulan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (calon Ketua Pemuda), Muhammad Khalil Abdul Hadi (penyandang Timbalan Ketua Pemuda) dan Khairil Nizam Khirudin (penyandang Naib Ketua Pemuda).

Difahamkan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS pusat yang dibariskan Suhaizan adalah Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Lahirul Latigu, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar,Mohd Hakim Mohd Nor, Mohd Nasaie Ismail, Mohd Hasbie Muda, Mohd Nasir Zakaria, Mohd Sany Hamzan, Muhammad Faiz Fadzil, Muhtar Suhaili, Ramadhan Elias dan lain-lain.

Kebanyakan calon-calon Suhaizan itu adalah calon-calon yang pernah tewas dalam pemilihan Pemuda PAS Pusat sesi 2013/2015.